速報APP / 圖書與參考資源 / Herba Malaysia

Herba Malaysia

價格:免費

更新日期:2019-01-07

檔案大小:26M

目前版本:1.0

版本需求:Android 4.0.3 以上版本

官方網站:mailto:melaniajludi2@gmail.com

Email:http://www.appsborneo.com/privacy/Herba%20Malaysia.html

Herba Malaysia(圖1)-速報App

Herba Malaysia

Dilampirkan dengan gambar yang sesuai, disertakan juga panduan asas menggunakannya dan khasiat yang dapat diperolehi. Selamat mencuba!

Istilah botani “herba” digunakan secara khas untuk tumbuhan kecil dengan batang yang lembut dan mengandungi tisu berkayu. Namun, perkataan “herba” juga digunakan untuk semua tumbuhan yang ditanam dan diproses untuk tujuan masakan, kosmetik, ubat-ubatan dan wangian. Penggunaan istilah “herba” mungkin berasal daripada amalan tradisi untuk menanam spesies herba bagi tujuan wangian dan perubatan. Oleh itu, dalam erti kata yang luas, Herba Malaysia mungkin terdiri daripada herba tulen (tumbuhan bertisu lembut) serta pokok renek dan pokok-pokok (bukan herba dari segi botani). Sesetengah herba juga merupakan tumbuhan pendaki, iaitu tumbuhan yang berpaut atau membelit di tumbuhan lain dengan bantuan apendej khas. Herba Malaysia juga merangkumi tumbuhan akuatik sperti Chlorella dan Spirulina, serta fungi seperti Ganoderma. Bahagian-bahagian tumbuhan yang digunakan termasuk bahagian udara, seperti daun, batang, bunga dan buah, atau batang bawah tanah dan akar.

Herba Malaysia(圖2)-速報App

Adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 400,000 spesies tumbuhan di habitat daratan seluruh dunia. Herba Malaysia adalah hutan hujan tropika mengandungi bilangan terbesar tumbuh-tumbuhan, di mana hutan hujan tropika Asia Tenggara dianggarkan menyokong 6,500 spesies tumbuhan perubatan. Di Malaysia, jumlah kawasan hutan hujan pada abad ke-20 adalah sebanyak 19.12 juta hektar, iaitu sebanyak 58.1% daripada jumlah keluasan tanah di negara ini. Dianggarkan terdapat kemungkinan kira-kira 20,000 spesies tumbuhan di hutan hujan Malaysia, dengan sebanyak 10% yang dilaporkan mempunyai nilai perubatan. Terdapat 2,000 spesies herba yang digunakan untuk kegunaan perubatan, kewangian dan minyak pati, ubat perosak semula jadi serta pelbagai produk makanan seperti makanan kesihatan, makanan tambahan serta untuk mengeluarkan rasa, intipati atau bahan pewarna.

Metabolit yang dihasilkan oleh tumbuhan dikategorikan sebagai primer dan sekunder. Sebatian metabolit utama memainkan peranan penting dalam fungsi kehidupan tumbuhan tersebut, seperti fotosintesis, pernafasan dan sebagainya manakala sebatian sekunder melaksanakan fungsi-fungsi lain seperti menghasilkan warna dan wangian bunga untuk tujuan pendebungaan, atau racun sebagai penghalang kepada perosak. Herba Malaysia menghasilkan kuantiti sebatian kimia sekunder tersebut dalam bilangan yang kecil. Sebatian kimia ini mungkin dalam bentuk minyak yang boleh meningkatkan rasa makanan, atau wangian yang digunakan untuk menyediakan minyak wangi serta dalam bidang aromaterapi. Sebatian sekunder lain terdiri daripada asid lemak, gam atau resin yang juga digunakan sebagai perisa seperti dalam rempah, kemenyan atau dalam perubatan tradisional. Sebatian kimia sekunder ini yang amat kompleks boleh menjadi kompaun bioaktif dalam fisiologi manusia sebagai ubat-ubatan, dan sesetengah daripada sebatian kimia sekunder digunakan secara meluas dalam bidang perubatan moden.

Herba Malaysia(圖3)-速報App

Terdapat sekumpulan herba yang dimakan secara mentah di pelbagai negara, terutamanya di rantau Asia Tenggara. Di Malaysia, herba-herba ini digelar sebagai “ulam” dan dihidangkan sebagai salad dalam hidangan Melayu tradisional. Herba Malaysia ini dimakan secara mentah atau dicelur dalam air panas untuk menghilangkan getah yang terkandung dalamnya, dan biasanya dimakan dengan mencelupkannya dalam sambal untuk meningkatkan rasa.

Herba Malaysia(圖4)-速報App